Wednesday, August 19, 2009

Nilai Kasih Sayang Rasulullah S.A.W kepada siti Khadijah

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,

"Wanita mereka yang terbaik adalah Maryam. Dan wanitanya yang terbaik adalah Khadijah."

Hal ini diperkuatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzaar dan at-Thabraani daripada Ammar bin Yasir, Rasullulah S.A.W bersabda,

"Khadijah melebihi wanita-wanita umatku sebagaimana Maryam melebihi wanita-wanita seluruh dunia."

Imam Bukhari juga meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,

"Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun isteri Rasulullah S.A.W seperti cemburuku kepada Khadijah. Dia memang sudah meninggal dunia sebelum baginda mengahwini aku. Tetapi aku cemburu kerana aku mendengar baginda menyebut-nyebutnya, dan baginda diperintahkan oleh Allah supaya memberinya khabar gembira bahawa dia mendapat sebuah istana di syurga, juga kalau baginda menyembelih kambing, baginda menghadiahkan dagingnya kepada teman-teman khadijah."

Imam Bukhari juga meriwayatkan kata-kata abu Hurairah bahawa pada satu ketika Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah S.A.W. Dia berkata,

"Wahai Rasulullah, Khadijah sudah datang membawa makanan dan minuman. Kalau dia sudah tiba, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan daripadaku, khabarkan kepadanya sebuah istana yang diperbuat daripada intan permata sudah disediakan untuknya.

Imam Nawawi menjelaskan hadis-hadis ini adalah dalil kesetiaan, lambang cinta kasih dan penghormatan Rasulullah S.A.W kepada teman hidupnya sama ada semasa hidupnya mahupun setelah kematiannya.

Dipetik dari buku tulisan Tusn Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Bunga Kebahagiaan)

No comments:

Post a Comment