Friday, June 26, 2009

seminggu dah berlalu

salam..



cepatnye rs ms berjalan..arini dh 26/6..sudah jumaat..dh msuk rejab..lg 2-3 hari masuk bulan julai..pastu ogos kita sambut ramadhan..huhu..1st time akan berpuasa di kota metropolitan..kenduri kawen nmpknya dtg bertubi2..kepada yg baru bernikah..diucapkan selamat pengantin baru..jagalah rumah tangga anda..ingatlah erti hidup pada memberi (ust hasrizal)..kepada yg bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi..especially to my lovely fren hazirah...kehidupan berumahtangga amat mencabar so jaga n semailah ia dgn kasih syg..redha Allah hanya datang dengan redha suami..:-D



so gudluck kpd kwn2 ku yg sudah n bakal berkawen xlama lg..heheh



my activities next month:



29 jun - 1 julai : erosion and sedimentation control course @ crystal crown hotel, port klang

2 julai : after keja blk pahang

3 julai : cuti rehat (in process)

4 julai : gi skudai..hnta adik balik utm

12 julai : gi kenduri kakak max @ klang (insyaAllah)

13 julai - 14 julai : Kursus EMS MS ISO 14001:2004 (in process)

27 julai - 4 ogos : going to fly to bachok for sirim audit


~selepas kesusahan pasti ada kesenangan, selepas kesusahan pasti ada kesenangan~

Thursday, June 25, 2009

Peringatan untuk wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana tidak mengamalkan solat ketika tidak uzur dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan

~Wanita adalah hamba Allah yang sangat istimewa di sisiNya..tetapi wanita jugalah penghuni neraka yang paling ramai..renung2kan & selamat beramal~

Tuesday, June 23, 2009

Cerita Pengemis dan Isteri Cantik


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis .

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

~HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS ..ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA~


Thursday, June 18, 2009

Maaf di pinta...

assalamualaikum..

buat max, yan, kiey, nid, may n jannah...maaf di pohon sbb xdapat dtg 12hb jun arituh kt nibong tbl..sbb mggu sblum tuh aku dh amik cuti..sori sgt2..insyaAllah jumpa di rumah max 12 julai (her sister's wedding)..kita jumpa di sana..di sana..di sanaaa..hehehe


Umur panjang kita jumpa di lain hari n waktu..jaga iman n amal..

Tuesday, June 16, 2009

Cinta Sejati..Cintakan Rasulullah


    Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

    Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

    Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

    Moral Dan Iktibar

    • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
    • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
    • Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
    • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
    • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
    • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
    • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda


~moga kita semua mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak..sentiasalah berselawat ke atas baginda tanda cinta kita padanya..Ameen~


Friday, June 12, 2009

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

~wanita lebih cepat drpd lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. wanita juga adlah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, maka bermalamlah dalam kegelapan~

Thursday, June 11, 2009

Terima Seadanya..

Jika kamu menadah air..biarlah berpada
jangan terlalu berharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukupla sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia di buang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya..
mungkin ia masih boleh di gunakan lagi..
begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah dia seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..apabila sekali dia melakukan kesilapan..
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa lalu meninggalkannya
sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya..

kerana cinta...


Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
In-Team ft Mestica

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala..

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa

terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
masa berada hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Wednesday, June 10, 2009

hidup hanya sekali..






1. Semalam : Sudah menjadi sejarah

2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan

3. Esok : Hari yang belum pasti



Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dankita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.


Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda


2. Segala suratnya masuk tong sampah.




Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... . Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

masa begitu pantas berlalu..

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah dengan izin Allah sempat juga aku meghasilkan sebuah blog walaupun masa mengekang & sgt jeles dgn aku tapi ku cari juga masa untuk mencoretkan sesuatu utk kita semua brkongsi idea dan berfikir..:)


25 tahun sudah berlalu..

pejam celik pejam celik..xsangka kita dah berada d tahun 2009..bg rakan2 seusia dgnku pastinya thn ni usia kita menginjak ke angka 25..cepat sgguh ms brlalu..genap 2 jun 2009 ckupla usiaku 25 tahun..pada bulan dan hari yang sama tahun 2003, telah tercipta satu sejarah yg xmungkin aku lupakan..ketika usiaku 19 tahun..aku bergelar seorang mahasiswi di USM..

selama 4 tahun aku menuntut..dan pelbagai onak duri aku tempuh..dlm tempoh 4 thn tu juga aku kehilangan 2 org insan yg aku kasihi..7 April 2004 dan 14 Oktober 2006..tarikh yang xdapat aku lupa sehingga ke hari ini..Moga roh mereka dicucuri rahmat dan berada bersama org2 yg beriman..juga jutaan terima kasih aku ucapkan buat sahabatku hazirah yg sentiasa bersama di saat2 sukar itu..x lupa juga kpd kwn2 seperjuangan ku..yan, max, nid, may, jannah & kiera..thanks a lot..

25 tahun akan datang..

tiba2 terdetik di fikiranku..lg 25 tahun ckupla umur aku 50 tahun..ish2..tuanya rasa..huhuh..terlintas di fikiran aku satu soalan..masih wujud lg kah aku di usia itu??..persoalan yang xmungkin boleh di jawab..hanya allah yg tahu..manusia hanya tahu berapa byk usia yg digunakan tp xtahu brapa byk lg usia yg tinggal..betapa terasa dekatnya ajal kita bila usia semakin menginjak..

masih terngiang2 usrah en abdus ms aku 1st year di USM..katanya ms untuk kita membina kehidupan hanyalah dalam lingkungan 30 thun..dlm umur 25 hingga 55 tahun kata en abdus..mmg tepat sekali apa yg en abdus ckp..30 thn adalah ms yg sgt singkat..dlm ms 30 thn juga apa2 saja boleh terjadi..so kwn2 ku gunakan sebaik mungkin tempoh 30 thun ni..dosa2 yg lepas kita bertaubat dan lupakan..ingatlah..sesungguhnya Allah maha penerima taubat sebelum sangkakala di tiup..Ameen


p/s: rindunya nk berusrah dengan en abdus n kak sue..huhuh..

sesungguhnya setiap yg bernyawa itu pasti merasai mati~